Adakah platform penyenaraian listing di Kontraktor247 percuma?
Ya. Penyenaraian listing kontraktor dan tukang di Kontraktor247 adalah percuma. Anda cuma perlu daftar dan boleh terus hantar listing untuk disiarkan.
Mengapa penyenaraian listing perlu dapat kelulusan Admin?
- Sebagai kaedah tapisan bagi memastikan hanya listing yang dibenarkan saja disiarkan.
- Supaya Admin boleh memperkemaskan listing anda selaras dengan standard yang ditetapkan sebelum disiarkan.
Bolehkah saya menyenaraikan lebih dari 1 listing di Kontraktor247?
SATU KONTRAKTOR atau TUKANG, SATU LISTING. Tak perlu letak banyak listing kerana anda boleh memilih lebih dari satu kategori kerja dan lebih dari satu kawasan operasi. Jadi kemungkinan listing anda ditemui oleh mereka yang memerlukan khidmat anda tetap tinggi walaupun hanya dengan satu listing.
Mengapa Kontraktor247 menggunakan Negeri dan Daerah sebagai lokasi operasi?
Kerana kontraktor atau tukang biasanya boleh beroperasi di lingkungan kawasan yang luas. Mungkin seluruh negeri atau di beberapa daerah. Walaupun begitu alamat bisnes tetap masing-masing ada dinyatakan supaya orang tahu di mana kontraktor atau tukang itu berpusat.
Mengapa bahagian KETERANGAN di borang “Hantar Listing” diminta guna bullet point sahaja?
- Supaya ada satu standard bagaimana listing disiarkan di Kontraktor247. Jika ada standard, pelawat akan biasa dengan satu cara informasi disampaikan dan mereka akan mudah faham serta selesa menggunakan platform ini.
- Supaya semua bidang kerja yang anda tawarkan dinyatakan secara ringkas, tepat dan jelas.
Mengapa hanya 6 keping gambar dibenarkan dalam listing?
6 keping gambar sudah memadai kerana listing bukan katalog atau profil penuh syarikat anda. Yang penting gambar-gambar yang anda siarkan boleh membantu menarik pelawat untuk memilih menghubungi anda. Selepas itu anda boleh berkongsi apa saja maklumat atau gambar dengan mereka.
Bolehkah saya guna link Wasap untuk orang menghubungi saya.
Boleh. Anda cuma perlu tambah kod negara di depan nombor telefon anda. (Kod negara Malaysia 60). Jika nombor telefon anda 0123456789 maka taip “60123456789” di ruang “No. Telefon” dalam borang “Hantar Listing” dan secara automatik ia akan boleh di klik terus ke Wasap bila listing disiarkan nanti.
Berapa lama Listing saya akan tersiar di Kontraktor247?
Listing akan kekal dalam tempoh 365 hari dari tarikh ia mula disiar. Anda boleh mohon untuk menyambung tempoh siaran 365 hari lagi. Jika permohonan itu tak dibuat, listing akan dinyahsiar. Sistem Kontraktor247 akan menyimpan listing anda dalam sistem selama 15 hari. Jika masih tak ada permintaan untuk sambung dalam tempoh tersebut, ia akan dipadam secara automatik. Jika itu berlaku anda perlu menghantar listing baru jika ingin menyiarkan listing.
Kenapa perlu ada tempoh 365 hari sedangkan Kontraktor247 menyediakan platform percuma?
Sebagai satu cara untuk menapis listing yang tak aktif. Ada kontraktor atau tukang mungkin telah menukar kerjaya dalam tempoh 365 hari tanpa memberitahu pihak kami. Jadi jika tiada permohonan menyambung tempoh ia mungkin kerana sebab tersebut. Mereka yang masih bergiat, boleh mohon sambung jadi kami tahu status mereka aktif.
Adakah listing saya akan tenggelam dan tak akan ditemui jika ia sudah lama kerana mungkin banyak listing baru yang muncul?
Tak juga. Sistem carian kami tak mengamalkan sistem pilih bulu. Walaupun listing yang tersiar di muka depan adalah listing-listing baru, tetapi semua listing dapat peluang itu. Jika listing anda sudah lama sekalipun, kaedah carian di Kontraktor247 berpaksi kepada bidang kerja dan lokasi operasi. Bila 2 kombinasi itu diaktifkan dalam carian, listing anda akan tetap ditunjukkan dalam Hasil Carian berkenaan.
Saya dah banyak platform pengiklanan di sosial media dan sebagainya. Adakah masih perlu siar listing di Kontraktor247?
Jika ditanya perlu atau tidak, jawapannya tak perlu. Tapi rezeki datang dari pelbagai cara dan dari pelbagai sumber. Dalam bisnes, tak ada istilah terlebih tempat mengiklan. Selagi ada peluang mengiklan, iklanlah apatah lagi Kontraktor247 menyediakan platform iklan percuma.