Lantai merupakan kemasan utama dalaman rumah. Ia boleh mempunyai pengaruh dan daya tarikannya sendiri selain memainkan peranan besar dalam estetika dan keselesaan ruang.
Dua jenis lantai popular pada masa ini adalah lantai laminate dan lantai vinyl. Mari kita kaji ciri-ciri, kelebihan, dan kekurangan kedua-dua jenis lantai ini.
CIRI-CIRI LANTAI LAMINATE
- Material – Lantai laminate terdiri daripada beberapa lapisan, termasuk lapisan atas yang melindungi dari calar dan lapisan bawah yang melibatkan teknologi kunci.
- Reka Bentuk – Meniru tekstur dan corak kayu semulajadi dengan sangat baik, memberikan penampilan estetik yang hampir serupa dengan lantai kayu sebenar.
- Ketahanan – Tahan lasak dan tahan kepada calar, tetapi tidak sesuai untuk kawasan basah seperti bilik air.
- Pemasangan: Pemasangannya menggunakan sistem kunci dan permukaan asas lantai mesti sangat rata. Berbanding lantai vinyl, lantai laminate lebih susah dipasang.
Lapisan Lantai Laminate. Sumber grafik Floordepot
Kelebihan Lantai Laminate
- Estetika – Menawarkan penampilan kayu semulajadi tanpa kos yang tinggi.
- Harga – Lebih ekonomi berbanding dengan lantai kayu sebenar.
- Tahan Lasak – Tahan lasak dan sesuai untuk kawasan dengan aktiviti harian yang tinggi termasuk mall dan pasaraya besar.
Kekurangan Lantai Laminate
- Tidak Tahan Air – Tak sesuai untuk kawasan basah seperti bilik mandi.\
- Suhu – Tak sesuai untuk kawasan yang mempunyai perubahan suhu yang mendadak.
CIRI-CIRI LANTAI VINYL
- Material – Diperbuat daripada PVC dan pelbagai bahan lain, memberikan kelembutan dan kesan bunyi yang rendah.
- Reka Bentuk – Terdapat dalam pelbagai corak dan warna, termasuk tiruan kayu, batu dan jubin.
- Ketahanan – Tahan air, menjadikannya sesuai untuk kawasan basah seperti bilik mandi dan dapur.
- Pemasangan – Mudah dipasang menggunakan pelekat/gam.
Lapisan Lantai Vinyl. Sumber grafik Floordepot
Kelebihan Lantai Laminate
- Tahan Air – Sesuai untuk kawasan basah dan mudah untuk dijaga bersih.
- Fleksibiliti – Lebih lembut dan sejuk, memberikan keselesaan di bawah kaki.
- Harga – Lebih ekonomi berbanding dengan beberapa jenis lantai lain.
Kekurangan Lantai Vinyl
- Tidak Seautentik Lantai Laminate: Meskipun coraknya bervariasi, tidak dapat meniru tekstur kayu sebaik lantai laminate.
- Ketahanan Calar: Tidak sekuat lantai laminate dan mungkin lebih mudah calar.
- Kualiti: Terdapat dalam pelbagai tahap kualiti dan beberapa jenis mungkin kurang tahan lama.
KESIMPULAN
Kedua-dua lantai laminate dan vinyl mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Pemilihan bergantung pada keperluan peribadi, bajet dan kawasan aplikasi.
Jika penampilan estetik dan tahan lasak adalah keutamaan, lantai laminate mungkin menjadi pilihan terbaik. Namun, jika kelembutan, tahan air dan kesenangan pemasangan adalah keutamaan, lantai vinyl mungkin lebih sesuai.
Jadi, penting untuk menimbangkan semua faktor sebelum membuat keputusan pembelian lantai untuk memastikan kepuasan jangka panjang.