Sila buat iklan anda sendiri | Percuma | Beritahu kawan kontraktor & tukang anda supaya buat iklan di sini.

CARA HANTAR IKLAN

LANGKAH 1

Jika anda belum mendaftar di Kontraktor247, klik Menu Bar di penjuru atas sebelah kanan screen smartphone anda.

Jika di desktop/laptop, menu sedia terpapar untuk anda pilih.

+

LANGKAH 2

Klik Menu DAFTAR

+

LANGKAH 3

Anda akan di bawa ke laman pendaftaran. Ada 3 kotak info yang perlu anda isi, Nama, Email dan Password. Isi info yang betul dan ingat password untuk anda login bila perlu.

+

LANGKAH 4

Jika semua info yang anda gunakan untuk mendaftar diterima, anda akan terus dibawa ke laman Login.

Masukkan Nama atau Email dan Password yang anda guna sewaktu mendaftar, kemudian klik butang Login.

+

LANGKAH 5

Anda akan di bawa ke Laman Utama Kontraktor247. Sekali lagi klik Menu Bar di bahagian penjuru atas sebelah kanan.

Jika di desktop/laptop, menu sedia terpapar untuk anda pilih.

+

LANGKAH 6

Pilih menu HANTAR IKLAN

+

LANGKAH 7

Anda akan di bawa ke laman HANTAR IKLAN di mana borang hantar iklan disediakan. Isi borang mengikut arahan yang diberi. Sangat mudah sekali.

+

LANGKAH 8

Isi semua kotak atau sekurang-kurangnya semua kotak yang disyaratkan mesti diisi. Jika ada kotak yang mesti isi tak diisi, anda akan diminta mengisinya atau hantaran iklan anda tak akan berjaya.

Info terakhir adalah gambar atau video. Bila semua selesai klik butang Save & Preview.

+

LANGKAH 9

Butang Save & Preview akan membawa anda ke laman preview iklan anda. Jika anda kurang puashati dan nak buat editing semula, anda boleh klik butang Edit. Ia membolehkan anda kembali mengedit iklan anda.

Jika anda puashati, klik butang Continue.

+

LANGKAH 10

Notifikasi yang berwarna biru akan muncul. Ia bermakna iklan anda telah berjaya dihantar dan menunggu untuk diluluskan dan disiarkan oleh Admin.

Anda akan diberitahu melalui Email jika ia telah disiarkan. Tempoh siaran adalah 365 hari. Anda boleh menyambung tempoh iklan bila tiba masanya nanti.

Nota: Jika anda menggunakan desktop atau laptop cara menghantar iklan tetap sama seperti di atas.